CARA PEMESANAN:-
Bagi memudahkan pengunjung, kami ringkaskan cara-cara membuat pesanan di sini. Untuk cara-cara pemesanan secara bergambar, boleh download fail PDF di sini http://eashoppingcentre.com/webshaper/pcm/files/12 SIMPLE STEPS ON HOW TO ORDER WITH US.pdf :
1. Pilih produk yang diingini dengan menekan ‘Add to Cart’. Anda akan di bawa ke page ‘Your Shopping Cart’, di mana dipamerkan produk yang telah anda ‘Add to Cart’. Sekiranya anda ingin memilih produk yang lain lagi, bolehlah menekan ‘Continue Shopping’. Di samping itu, produk-produk yang telah dipilih akan tertera juga di sebelah kiri website,pada bahagian ‘Your Cart’.
2. Setelah selesai memilih dan bersedia untuk membuat pembayaran, tekan ‘Checkout’. Anda akan di bawa ke page ‘Register / Login’. Untuk meneruskan dengan pembayaran, anda perlu login atau menjadi ahli sekiranya belum. Untuk menjadi ahli, anda hanya perlu menekan ‘Register and Checkout’. Isi segala butiran yang diperlukan beserta kaedah pembayaran yang anda inginkan (Untuk kredit kad dan banking online, pilih IPay88). Tekan ‘Next’.
3. Di page seterusnya, anda perlu memilih kaedah shipment yang diingini. Setelah dipilih, tekan ‘next’.
4. Kemudian, semak maklumat yang tertera dan masukkan ‘Discount Code’ jika ada. Tekan ‘next’.
5. Sekiranya sebelum ini anda telah memilih IPay88, pada page seterusnya, anda kini perlu memilih jenis transaksi pembayaran(Mastercard,Visa, Maybank2u, etc.) yang anda inginkan. Tekan pada logo IPay88.
6. Setelah anda menekan logo IPay88, anda akan di kehendaki mengisi maklumat-maklumat penting dan akhirnya transaksi selesai setelah anda di bawa ke page ‘Confirmation’.
Nota: Sesetengah kredit kad akan meminta no 'security code' (3-D Secure Code) untuk membolehkan anda menggunakan kredit kad secara online. Sila ke URL berikut untuk mendapatkan 3-D Security Code dari bank anda http://www.ipay88.com.my/my/3dsecure.asp

